SEJARAH KOMPUTER
komputer yang kita gunakan pada hari ini telah berkembang teknologinya sejak 6 dekad yang lepas, bahkan pada ianya dicipta, anda mungkin belum dilahirkan lagi. Sejarah perkembangan komputer telah lama bermula iaitu sejak tahun 1940 dan dapat dibahagikan kepada 5 generasi dari menggunakan elektronik sepenuhnya sehinggalah kepada penggunaan mikro komputer.
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
a) Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940
Sebelum tahun 1940
Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas.
Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor.
Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.
Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.
Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas.
Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
Generasi Pertama (1940 - 1959)
Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)
Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.
Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.
Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.
Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.
Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.
Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.
Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.
Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.
Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.
Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
JENIS JENIS KOMPUTER
Terdapat beberapa jenis komputer yang dicipta berdasarkan saiz fizikal, kapasiti ingatan dan kelajuan pemprosesan seperti komputer kerangka utama, minikomputer, mikrokomputer (atau komputer peribadi) dan super komputer.
Jenis-jenis Sistem Komputer.
1) Komputer peribadi (PC)
Juga dikenali sebagai micro komputer. Ianya kecil dan murah. Terdapat dalam bentuk yang lain seperti desktop, laptop, palmtop.
2) Komputer Rangkaian
Komputer peribadi yang diasseskan kepada rangkaian dan juga internet
3) Komputer Midrange
Ianya dikenali juga sebagai mini komputer. Sistem komputer yang besar sebesar kabinet fail 3 laci yang boleh digunakan oleh beberapa pengguna pada satu masa.
4) Kerangka Utama
Besar dan berkuasa tinggi yang biasanya dikongsi oleh beratus pengguna yang dihubungkan dengan mesin lain menerusi terminal.
5) Komputer Super
Komputer berkuasa tinggi dengan kelajuan memproses yang tinggi
6) Komputer Multimedia
Komputer yang dilengkapi dengan kesemua peranti multimedia untuk suara,bunyi, text, video dan juga grafik.
PERANTI INPUT
Difinasi
Input merupakan proses memasukkan data, program, arahan, dan respon pengguna ke dalam memori. Peranti yang digunakan untuk memasukkan data/program/command/respon pengguna disebut peranti input.
Jenis Jenis peranti input adalah
Papan Kekunci
Tetikus
microfon
Kamera digital
Pengimbas
1) Peranti input komputer peribadi (papan kekunci dan tetikus) - Untuk memasukkan data seperti perkataan dan huruf-huruf
2) Peranti pengecaman suara- peranti yang mengecam suara manusai. Biasanya menggunakan microfon dan program khusus untuk merekod dan menukar suara kepada isyarat digital
3) Kamera digital- Untuk merekod dan menyimpan imej dan jugak video dalam bentuk digital
4) Terminal- Biasanya adan monitor dan papan kekunci tanpa CPU.
5) Scanner- Seperti mesin xerox yang dapat menyalin imej dan perkataan
Terdapat beberapa jenis peranti input yang lain seperti automated teller mechine (ATM), Pen input, pen cahaya, skrin sesentuh dan pengecam kod bar.
PERANTI OUTPUT
difinasi
Output merupakan penghantaran data yang telah diproses keluar daripada ingatan utama komputer atau storan sampingan ke peranti luar.
Bentuk output yang dihasilkan oleh komputer bergantung kepada perkakasan dan perisian yang digunakan.
Jenis jenis peranti output adalah
1) Monitor
2) LCD (Liquiq Crystal Display)
3) Printer
4) Filem Micro
5) Peranti music seperti diamond multimedia RIO500 untuk memainkan muzik dalam format MP3 yang di download dari internet.
PAPAN UTAMA/MOTHERBOARD
Papan induk merupakan papan litar yang menjadi dasar bagi menyambungkan semua komponen-komponen yang lain. Sesetengah bahagian komputer dipaterikan terus kepada papan induk; yang lainnya dimasukkan ke dalam berbagai-bagai jenis slot-slot tambah atau port-port penyambung yang terdapat di papan induk. Di sinilah semua perkakasan bertemu seperti memori, kad paparan, kad modem, cakera keras, cakera liut, pemacu CD ROM, papan kekunci, tetikus ,monitor dan sebagainya. Pemilihan motherboard misti sesuai dengan CPU yang di gunakan., ini kerana kelajuan Extenal Bus CPU misti sama dengan kelajuan extenal Bus yang di sokong oleh motherboard.
PROCESOR (CPU)
CPU (Central Procesor Unit) atau Unit pemprosesan Pusat merupakan kompenen utama yang mempengaruhi kelajuan memproses data. CPU boleh di anggap sebagai otak kepada keseluruhan system komputer. Disinilah semua data mentah akan di proses menjadi maklumat yang di kehendaki dalam komputer. Kelajuan CPU di pengaruhi oleh tiga factor utama.
1. CPU Speed atau kelajuan dalaman (Internal Bus) Kelajuan 1GHz 100 GHz atau sebagainya. Semakin tinggi maka semakin lajulah data di proses.
2. Kelajuan luaran (Extenal Bus) atau di kenali sebagai Bas Luaran merupakan kelajuan di luar CPU tersebut misti di sokong dengan kelajuan motherboard.
Antara jenama procecor yang terkenal adalan Pentium, Celeron dan Atlon, setiap procecor ini juga mempunyai kelajuan yang berbeza. Setiap kali pembelian procecor hendaklah di sesuaikan dengan soket pada mainboard.
RAM
Dalam bahasa Inggeris ianya adalah Random Access Memory. PC memerlukan RAM ini untuk menyimpan secara sementara semua arahan yang diberikan oleh CPU untuk diproses. Biasanya keupayaan RAM ini ditunjukkan didalam Megabyte (MB) dan lagi besar RAM yang ada didalam PC, lagi berkeupayaan ianya dapat menyelesaikan arahan dengan lebih cepat. PC masakini memerlukan sekurang-kurangnya 32 MB RAM untuk berfungsi dengan berkesan. Walaubagaimanapun, jumlah RAM ini dapat ditokok tambahkan untuk menghasilkan kekuatan PC yang lebih. PC masakini menggunakan ram yang dari jenis SDRAM 100Mhz atau 133 Mhz.
RAM (Random-Access Memory)
Ia merupakan istilah menyeluruh bagi semua ingatan yang boleh dibaca atau ditulis secara tidak sehala (non-linear). Bagaimanapun ia merujuk secara khusus kepada ingatan berasaskan cip apabila kesemua ingatan berasaskan cip sebelum ini dikatakan bersifat akses-rawak. RAM adalah agak berlainan dengan ROM, kerana komputer hanya boleh membaca pada ROM tetapi boleh membaca dan menulis pada RAM.
JENIS JENIS RAM
Ada 2 jenis ram utama iaitu
SIMM RAM
(Single In-line Memory Module)
DIMM RAM
(Dual In-line Memory Module)
SIMM (Single In-line Memory Module)
SIMM dan DIMM sebenarnya tidak merujuk kepada jenis-jenis memori tetapi merujuk kepada modul (papan litar yang berserta dengan cip) di mana RAM dipakejkan bersama. SIMM merupakan modul yang terdahulu dengan menawarkan laluan data sebanyak 32-bit. Disebabkan pemproses Pentium telah direkabentuk untuk menangani laluan data yang lebih lebar daripada itu, SIMM mesti digunakan secara berpasangan dengan papan utama Pentium. Bagaimanapun SIMM masih boleh digunakan secara tunggal teteapi hanya di atas papan utama yang berasaskan pemproses 486 atau pemproses yang lebih perlahan.
DIMM (Dual In-line Memory Module)
DIMM yang merupakan modul terbaru akan menawarkan laluan 64-bit agar menjadikan lebih sesuai untuk digunakan bersama pemproses Pentium dan pemproses terbaru yang lain seperti AMG dan Cyrix. Dari segi pembelian komponen ingatan, setiap unit DIMM terbukti berupaya untuk mengendalikan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh dua unit SIMM. Tambahan pula ia boleh digunakan secara tunggal pada papan utama Pentium. Dari segi jangka panjang pula DIMM adalah lebih ekonomik kerana ia tidak perlu menambah satu lagi DIMM pada sistem ingatan komputer.
Lain lain RAM
DRAM (Dynamic RAM)
DRAM pula merupakan sejenis ingatan piawaian utama dalam komputer hari ini dan ia akan dirujuk apabila anda hendak memberitahu seseorang bahawa PC anda memiliki 32MB RAM. Di dalam DRAM, maklumat akan disimpan sebagai satu siri cas elektronik dalam sebuah kapasitor. Dalam setiap milisaat (milisecond) pengecasan secara elektronik kapasitor pada DRAM tersebut akan nyahcas (discharge) dan perlu disegarkan semula (refresh) untuk mengekalkan nilainya. Penyegaran secara berterusan ini telah dijadikan alasan untuk meletakkan istilah dynamic di hadapan susunan huruf RAM.
HARDDISK
Pemacu cakera keras, atau singkatnya pemacu keras, merupakan peranti storan terbina dalam untuk anda menyimpan kebanyakan daripada aturcara-aturcara dan fail-fail maklumat. Saiz pemacu-pemacu keras yang biasa telah bertambah pada kadar yang menghairankan dalam beberapa tahun yang lalu. Dalam tahun 1980'an, semasa cakera keras mula-mula sampai ke pasaran pengguna, ia mempunyai storan 10 megabyte. Kini sistem komputer yang agak biasa pun mempunyai pemacu keras dengan muatan berbilang gigabyte (satu gigabyte bersamaan 1024 megabyte).
Tiga faktor asas yang membezakan pemacu cakera keras di antara satu sama lain: muatan storan, kelajuan dan kebolehpercayaan (reliability).
Walaupun kebanyakan daripada komputer yang keluar dari kilang mempunyai satu pemacu keras sahaja, tiada sebab kenapa anda tidak boleh menambah satu lagi sekiranya anda kehabisan ruang. Sekarang ini, pemacu-pemacu yang besar mampu dibeli, dan pemasangan profesional pula dikenakan bayaran yang minimum.
Hard disk diperlukan untuk menyimpan perisian dan data sesebuah PC dan boleh disamakan dengan ruang but sesebuah kereta. lagi besar Hard disk ini, lagi banyak perisian (software) dan data yang dapat disimpan oleh sesebuah PC. PC masakini menggunakan sekurang-kurangnnya 5.2GB (gigabyte) ruang Harddisk tetapi seeloknya pengguna mendapatkan hard-disk yang terbesar dipasaran..
Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida.
Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing. Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester (Winchester disk drives).
FLOPPY DISK DRIVE
Cakera lembut ataupun floppy disk adalah satu jenis alat pacuan yang membolehkan data disimpan kedalam disket. Satu disket hanya dapat menyimpan tidak lebih dari 1.44MB data dan sesuai untuk memindahkan data dari satu PC ke PC yang lain. Terdapat bermacam-macam jenis lagi floppy drive dipasaran masakini yang membolehkan disket menyimpan lebih dari 1.44 MB tetapi jenis yang disebut diatas adalah yang biasanya terdapat pada PC baru yang dijual.
CD ROM DRIVE
CD ROM ataupun compact disk read only memory telah menjadi satu kemestian bagi setiap PC. Dengan wujudnya perisian-perisian multimedia dan juga saiz perisian yang didapati dipasaran sekarang, CD merupakan salah satu platform untuk menampung saiz perisian yang besar tersebut. Kebanyak perisian applikasi sekarang seperti Windows, Microsoft Office dan perisian-perisian 'games' hanya datang dalam bentuk CD. Oleh yang demikian, CD ROM drive perlu untuk tujuan meng"install" perisian-perisian tersebut ke PC. CD ROM drive dijual dalam berbagai kelajuan dan drive yang paling laju adalah yang paling baik. Walaupun banyak jenama CD ROM drive menunjukkan kelajuan sehingga mencecah 50X , kelajuan sebenar drive tersebut hanyalah lebihkurang 22 X.
Cakera liut (dan juga cakera keras) menyimpan maklumat secara magnet. Cakera CD-ROM atau DVD-ROM menyimpannya secara optik: alur laser memancar ke atas cakera yang berputar, membaca lekuk-lekuk yang amat halus pada permukaan cakera. Pemacu CD-ROM boleh membaca CD sahaja, sama ada CD-CD data (menyimpan maklumat komputer) atau CD-CD audio yang biasa yang anda guna di stereo. Pemacu DVD-ROM boleh membaca CD-CD di samping cakera-cakera data DVD dan cakera-cakera filem.
Pilihan pemacu cakera yang lain yang mendapat kepopularan ialah perakam CD, pemacu yang bukan hanya boleh membaca CD malah boleh menciptanya juga. Terdapat beberapa perakam DVD di pasaran, tetapi kurangnya piawaian dan perdebatan mengenai perlindungan hak cipta telah menghalangnya menjadi dominan ... buat masa ini.
MODEM
Modem adalah singkatan bagi modulator-demolator. Ini adalah proses di mana isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya iaitu berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Apakah itu isyarat digital, analog serta perbezaan diantara keduanya?
Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman (internal modem), modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card). Daripada ketiga jenis modem ini, jenis modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran perkomputeran peribadi. Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.
Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar. Ia disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi menerusi slot penambah. Apa yang kelihatan untuk penglihatan anda cumalah bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.
Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman ialah ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi. Ia sekaligus menyelesaikan masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah seperti sering terlupa menutup suisnya. Ia juga membolehkan penjimatan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda. Lazimnya jenis modem dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.
Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing daripada komputer peribadi anda. Ini sekaligus membolehkan anda menguruskannya secara berasingan. Antaranya termasuk kemampuan memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi anda.
Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.
Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama komputer jenis mudah-alih dan buku. Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2. Dengan menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat anda seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.
AGP CARD.
AGP adalah sebuah spesifikasi bas dan antaramuka khas yang membolehkan aliran grafik 3D (contohnya daripada laman Web atai CD-ROM) dipaparkan dengan lebih cepat dan lancar. Sebelum ini corak aliran grafik ini hanya boleh didapati daripada komputer stesyen kerja grafik seperti Silicon Graphics (SGI) sahaja. Antaramuka AGP juga memberikan keupayaan grafik tiga dimensi yang tinggi kepada komputer peribadi dengan harga yang murah.
Antaramuka ini akan menggunakan memori utama komputer iaitu RAM untuk menyegarkan imej paparan serta menyokong pemetaan tekstur, “z-buffering”, dan penyatuan (blending) alpha untuk imej 3D. Penggunaan memori AGP yang lebih dinamik membolehkan jumlah memori yang telah digunakan itu dikembalikan untuk kegunaan sistem pengoperasian. Dengan penggunaan komputer yang berkeupayaan tinggi, AGP mampu memberikan paparan grafik tiga dimensi kepada satu tahap realisma visual dan persembahan 3D yang tinggi Display card jenis ini digunakan oleh M/Board Pentium II. Hanya PII sahaja menggunakan Display Card ini. Hanya Papan Induk yang tersedia dengan AGP display sahaja yang tidak disediakan AGP .
NETWORK CARD
Untuk menyambungkan komputer anda capaian internet anda memerlukan Network Card. Kad Networ mungkin ada 2 jenis iaitu
Internal Modem
Ini merupakan kad untuk rakaian internet melalui talian tel biasa yang telah di sediakan modem dalamannya sendiri.
LAN
Ini pula adalah kad untuk Local Area Network (LAN) bagi membolehkan komputer di sambungkan ke Hub yang terdiri dari banyak rakaian komputer. Kebanyakan nya di gunakan di pejabat pejabat kerana keperluan komputer yang banyak.
SOUND CARD
Komputer anda mempunyai satu kad bunyi yang membolehkannya mengeluarkan bunyi-bunyi dan muzik daripada fail-fail data komputer, memainkan semula muzik daripada CD audio dan mengumpul input daripada mikrofon atau peranti audio luaran. Anda mungkin tidak perlu untuk menaik-gredkan komponen ini. Sebaliknya kalau anda benar-benar meminati muzik atau permainan, anda mungkin mahu mendapatkan kad bunyi yang canggih yang boleh melakukan teknik-teknik tambahan. Kini, sesetengah kad bunyi memberikan kesan tiga dimensi yang digunakan oleh pengaturcara permainan untuk menimbulkan suasana yang membuatkan anda benar-benar asyik dengannya. Sesetengahnya juga menyokong empat pembesar suara (dua di hadapan, dua di belakang) untuk menimbulkan suara di sekeliling
POWER SUPPLY
Dalam setiap casing terdapat unit bekalan kuasa. Unit bekalan kuasa ini di ukr dengan kekuatan kuasa atau di kenali juga sebagai watt. Formula kiraan untuk wat adalah P= IV dimana P adalah power (watt), I adalah Current (Amp) dan V untuk Voltan (Volt). Kuasa setiap bekalan kuasa berbeza menghikut saiz casing. Semakin besar saiz casing, unit bekalan kuasa yang di bekalkan semakin besar. Ini kerana casing yang besar membolehkan lebih banyak peralatan di pasang kedalam casing tersebut.
Terdapat dua jenis unit bekalan kuasa yang sering di gunakan iaitu.
Jenis AT
Unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis ON dan OFF
Jenis ATX
Unit bekalan kuasa jenis ini mempunyai suis seperti butang yang lembut seperti butang RESET. Untuk mengaktifkan kita hanya perlu menekan sekali butang power. Sekiranya kita menekan butang tersebut lagi sekalibekalan kuasa tidak akan di matikan. Unit bekalan kuasa jenis ini akan mati dengan sendiri apabila komputer di Shutdown. Tetapi sekiranya proses ini juga gagal, kita boleh menekan butang power selama 5 saat. Kebanyakan komputer masa kini di bekalkan dengan unit bekalan kuasa jenis ATX.
INFO : http://alrashid2006.multiply.com/
Sunday, October 3, 2010
Download Microsoft Office Professional Plus 2010 Beta
Download Microsoft Office Professional Plus 2010 Beta
Microsoft baru Microsoft Office Professional Plus 2010 versi Beta, pihak microsoft menjemput pengguna untuk untuk mencuba.
Paket Microsoft Office Professional Plus 2010 ini terdiri dari:
- Microsoft Word
- Microsoft Excel
- Microsoft Power Point
- Microsoft Outlook
- Microsoft OneNote
- Microsoft Access
- Microsoft Publisher
- Microsoft InfoPath
- Microsoft SharePoint Workspace
- Microsoft Communicator
Jika anda berminat untuk mencuba, Anda boleh download di: http://www.microsoft.com/office/2010/
Microsoft Word
Microsoft Excel
Untuk download tidak ada syarat khusus, hanya diperlukan akun Windows Live. Jika tidak anda boleh membuatnya secara percuma. Ukuran file installer Microsoft Office Professional Plus 2010 Beta sekitar 700 MB.
Anda boleh menggunakan versi Beta ini sampai bulan October 2010. Jadi hampir satu tahun anda boleh menggunakan software legal ini dengan percuma.
INFO : http://celiksiber.blogspot.com/
Servis Windows XP yang boleh dihentikan
Windows XP membekalkan banyak servis secara ‘default’ dan sebahagian daripada servis berkenaan tidakpun digunakan oleh kebanyakan pengguna. Jika anda menghentikan servis-servis berkenaan, anda mungkin akan menjimatkan penggunaan RAM pada komputer anda. Saya kata mungkin, kerana ada pihak seperti The Elder Geek berpendapat bahawa tidak ada banyak perbezaan seandainya servis-servis berkenaan dihentikanpun!
Namun ia adalah komputer anda dan buatlah keputusan sendiri andainya anda rasakan tindakan ini perlu. Anda boleh menjalankan semula servis-servis berkenaan jika anda mahu.
Menurut BlackViper, seandainya anda membuat keputusan untuk menghentikan servis-servis Windows yang anda rasakan tidak perlu, JANGAN gunakan ‘msconfig’ untuk tujuan tersebut, tetapi gunakan arahan services.msc dan jalankan pada kotak ‘Run.’ Kenapa? Jika anda gunakan services.msc, ia adalah lebih selamat daripada menggunakan msconfig.
Antara servis-servis yang diistilahkan sebagai tidak perlu, termasuklah :
Terdapat fail ‘batch’ yang telah dibuat untuk anda, stopservices.cmd. Gunakannya dengan hati-hati.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menghentikan sebarang servis, SILA BACA DAHULU penjelasan di laman BlackViper di atas.
INFO : http://baikipc.wordpress.com/
Namun ia adalah komputer anda dan buatlah keputusan sendiri andainya anda rasakan tindakan ini perlu. Anda boleh menjalankan semula servis-servis berkenaan jika anda mahu.
Menurut BlackViper, seandainya anda membuat keputusan untuk menghentikan servis-servis Windows yang anda rasakan tidak perlu, JANGAN gunakan ‘msconfig’ untuk tujuan tersebut, tetapi gunakan arahan services.msc dan jalankan pada kotak ‘Run.’ Kenapa? Jika anda gunakan services.msc, ia adalah lebih selamat daripada menggunakan msconfig.
Antara servis-servis yang diistilahkan sebagai tidak perlu, termasuklah :
- Alerter
- Application Layer Gateway Service
- ClipBook
- Computer Browser
- Cryptographic Services
- Distributed Transaction Coordinato
- Error Reporting Service
- Help and Support
- Human Interface Device Access
- Indexing Service
- IMAPI CD-Burning COM Service
- Internet Connection Firewall (ICF) / Internet Connection Sharing (ICS)
- Messenger
- Net Logon
- NetMeeting Remote Desktop Sharing
- Remote Desktop Help Session Manager
- Remote Procedure Call (RPC) Locator
- Remote Registry
- System Restore Service
- TCP/IP NetBIOS Helper
- Telnet
- Terminal Services
- Themes
- Uninterruptible Power Supply
- Upload Manager
- Windows Time
- Wireless Zero Configuration
- Workstation
Terdapat fail ‘batch’ yang telah dibuat untuk anda, stopservices.cmd. Gunakannya dengan hati-hati.
Sebelum anda membuat keputusan untuk menghentikan sebarang servis, SILA BACA DAHULU penjelasan di laman BlackViper di atas.
INFO : http://baikipc.wordpress.com/
Cara untuk hentikan IE
Tip ini disiarkan dalam MyDigitalLife. Caranya ialah pergi ke Control Panel-Add Remove Program dan pilih butang Set Program Access And Defaults. Lihat gambar di bawah ini:

Pada bahagian Choose a Default Web Browser, buang tanda dalam kotak di depan Internet Explorer. Itu sahaja.
Ada satu lagi kaedah yang diketengahkan di MyDigitalLife. Sila lawati laman
INFO :http://baikipc.wordpress.com
Pada bahagian Choose a Default Web Browser, buang tanda dalam kotak di depan Internet Explorer. Itu sahaja.
Ada satu lagi kaedah yang diketengahkan di MyDigitalLife. Sila lawati laman
INFO :http://baikipc.wordpress.com
Bagaimana memasukkan filem YouTube ke PowerPoint gambar?
Anda boleh memasukkan filem YouTube ke dalam Slide PowerPoint untuk tujuan pelbagaikan idea atau cara yang lebih baik untuk menyampaikan sesuatu. Anda boleh menyampaikan idea-idea ini dalam cara yang lebih berkesan, jika anda menggunakan file film dengan gambar sederhana anda.
Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk menambah filem YouTube ke dalam PowerPoint:
Mula-mula download filem YouTube.com dan kemudian save pada komputer anda. Kebanyakan filem yang sedia dalam format flash video di laman YouTube. Anda boleh download film dari YouTube ke dalam format umum, misalnya,windows media video file (wmv), windows video file (avi) and movie file (mpeg).
Buka presentation di mana anda ingin memasukkan movie file.
Sekarang klik Insert pilihan "Movies and Sounds" menu dan pilih option" Movie from File ".
Sekarang pilih filem yang anda ingin masukkan ke dalam gambar dan klik butang Ok.
Di sini anda ditanya "Adakah anda mahukan movie bermain secara automatik? Jika tidak, ia akan dimainkan bila anda klik."
Disarankan memilih pilihan main secara automatik.
Akhirnya save presentation PowerPoint anda dan cuba running bagi tujuan percubaan.
Akhirnya save presentation PowerPoint anda dan cuba running bagi tujuan percubaan.
INFO : http://celiksiber.blogspot.com/
Menukar Teks Pada Jam Di Taskbar
Bagi yang hobinya mengkotak-katik kan komputer memang satu "pekerjaan" yang menyeronokkan dan kadangkala boleh menjadi ketagihan. Kesempatan kali ini, Celiksiber akan menyajikan cara mengubah teks di belakang jam yang ada pada desktop anda. Jika mahu anda boleh menuliskan nama anda sendiri atau mungkin nama orang yang kita sayangi.
Sila ikuti tips berikut:
Sebenarnya cara ini hanya mengubah penanda masa "am" atau "pm" yang mengikut penunjuk waktu dengan teks yang kita inginkan. Namun untuk memaparkan penanda waktu tersebut (am / pm), kita harus mengubah setting jam dari system 24 jam menjadi 12 jam. Untuk mengubahnya, kita menggunakan menu Regional Setting and Language yang ada di menu Control Panel.
Langkah-langkahnya seperti berikut.
Pertama, klik Control Panel>> Regional Setting and Language hingga akan muncul "Regional Setting and Language Options", seperti screenshot di bawah ini.
Langkah-langkahnya seperti berikut.
Pertama, klik Control Panel>> Regional Setting and Language hingga akan muncul "Regional Setting and Language Options", seperti screenshot di bawah ini.
Kedua, pada tab "Regional Options", pilih Standard and formats menjadi "English (United States)" kemudian pada lokasi pilih "Malaysia" kemudian tekan button "Apply".
Ketiga, kemudian masih pada tetingkap tersebut, klik Customize, hingga muncul Customize Regional Options, kemudian pilih tab "time", seperti di bawah ini.
Keempat, kemudian pada Am Symbol dan PM Symbol, tukar tulisan AM dan PM dengan teks atau nama yang kita inginkan.
Kelima, kemudian klik OK.
Keenam, pastikan teks atau nama yang kita inginkan sudah muncul di belakang jam yang berada di systray, seperti di bawah ini.
Keenam, pastikan teks atau nama yang kita inginkan sudah muncul di belakang jam yang berada di systray, seperti di bawah ini.
CARA MEMASANG WINDOWS XP
Cara memasang Windows XP
Februari 15, 2010 — PakNik- Untuk memasang Windows XP, pastikan PC anda boleh ‘boot’ menggunakan CD/DVD-ROM.
- Setelah anda boot menggunakan CD, anda akan berdepan dengan window ini
pastikan anda tekan sebarang kekunci untuk memulakan proses memasang Windows.
- Seterusnya anda akan melihat window ini pula
- Tekan ‘Enter’ untuk proses memasang Windows dimulakan.
kalau anda jenis yang rajin nak baca perjanjian ini bolehlah anda ‘scroll’ hingga ke bawah dokumen tersebut. Kalau nak cepat tekan sahaja kekunci F8!
Anda akan melihat window di atas seterusnya, iaitu sekiranya ‘hard disk’ anda adalah ‘hard disk’ baru yang belum dibuat ‘partition’ dan belum di’format!’ Di sini anda perlu tekan kekunci C untuk membuat ‘partition’ pada hard disk anda. ( Sudah pasti hard disk anda tidaklah sekadar 4GB sahaja seperti dalam imej di atas…:P )
Jika anda telah berjaya membuat ‘partition’ pada ‘hard disk’ anda, anda seterusnya akan dapat melihat window seperti di atas. Langkah seterusnya ialah untuk anda format ‘hard disk’ anda seperti ditunjukkan pada imej di bawah
pada tahap ini terpulanglah sama ada anda nak format ‘hard disk’ anda dalam format NTFS secara biasa atau secara cepat ( Quick Format)
- Selanjutnya ‘hard dis’ anda akan diformat…
- Setelah hard disk anda berjaya diformat, fail-fail yang diperlukan untuk memasang windows akan disalin
- Selanjutnya
- Dan akhirnya
kalau anda tidak mahu menunggu PC anda ‘reboot’ sendiri bolehlah anda tekan mana-mana kekunci.
- Setelah PC anda reboot biarkan CD didalam drive dan JANGAN tekan apa-apa kekunci SEKIRANYA imej seperti pada No.2 di atas muncul semula! Anda seterusnya akan melihat skrin seperti ini
- Setelah itu anda biarkan sahaja Windows XP dipasang pada PC anda
- Pada skrin ini
tekan sahaja ‘Next’
- Seterusnya beri nama PC anda
- Masukkan CD key anda
- Tetapkan kata laluan untuk akaun administrator
- Tetapkan Tarikh & Masa
- Selanjutnya pada setting Network pilih sahaja ‘Typical settings’
- Pada pilihan Workgroup on a Computer domain, bagi pengguna biasa tekan sahaja ‘Next!’
- Seterusnya tunggu sehingga pemasangan Windows XP selesai.
- Setelah anda reboot, ada beberapa langkah lagi yang perlu anda lakukan dan setelah itu anda akan boleh mula menggunakan XP.
Subscribe to:
Posts (Atom)





